awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Lubnan tidak mahu terperangkap dalam konflik serantau - Duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan JDT dibiayai dana awam tidak tepat - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
08/03/2026
15:29 MYT
Dakwaan JDT dibiayai dana awam tidak tepat - Onn Hafiz
Kenyataan yang dikeluarkan Onn Hafiz di media sosial beliau berhubung dakwaan bahawa sebahagian besar hasil kelab bola sepak JDT kononnya datang daripada dana awam atau kerajaan. - Gambar Facebook Onn Hafiz
Dakwaan bahawa sebahagian besar hasil kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kononnya datang daripada dana awam atau kerajaan adalah tidak tepat dan mengelirukan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata rujukan kepada Majlis Sukan Negeri Johor serta saluran berkaitan kerajaan dalam penyata kewangan kelab berkenaan merupakan prosedur pentadbiran biasa dalam ekosistem penajaan sukan negara.
“Banyak penajaan daripada syarikat swasta disalurkan melalui Majlis Sukan bagi tujuan tadbir urus dan pelepasan cukai. Oleh itu, angka yang dipetik oleh pihak tertentu tidak boleh disamakan sebagai pembiayaan langsung kerajaan terhadap operasi kelab.
“Pada masa yang sama, sebarang geran atau sumbangan kerajaan yang disalurkan adalah khusus untuk pembangunan sukan akar umbi, termasuk program pembangunan bola sepak belia, kejohanan di peringkat daerah serta pengukuhan ekosistem bola sepak negeri melalui Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan persatuan daerah,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Beliau berkata dana tersebut bukan disalurkan bagi tujuan operasi pasukan profesional JDT.
“Kerajaan negeri berharap semua pihak lebih bertanggungjawab dan berhemah dalam menyemak fakta sebelum membuat sebarang tuduhan atau kesimpulan.
“Penyebaran maklumat yang tidak tepat bukan sahaja boleh mengelirukan masyarakat, malah berpotensi menjejaskan usaha berterusan untuk membangunkan ekosistem sukan yang sihat dan profesional di negeri Johor,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dana awam
#JDT
#Majlis Sukan Negeri Johor
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan