awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP ugut syarikat MLM jika enggan salur derma - Tony Tan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/06/2017
13:38 MYT
DAP ugut syarikat MLM jika enggan salur derma - Tony Tan
Tony Tan (tengah) mendakwa DAP mengugut syarikat-syarikat MLM yang enggan menyalurkan derma kepada parti itu. - Astro AWANI / Asyraf Hasnan
Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa DAP mengugut syarikat-syarikat pemasaran pelbagai tingkat (MLM) jika enggan menyalurkan derma kepada parti itu.
Ketua Biro Pemantauan Salah Guna Kuasa dan Hal Ehwal Kaum Cina PMSP, Tony Tan berkata pihaknya menerima aduan daripada beberapa syarikat yang didakwa menjadi mangsa DAP.
Katanya, modus operandi DAP adalah dengan menawarkan perkhidmatan sekiranya syarikat-syarikat itu diganggu pihak berkuasa.
"Peguam-peguam hebat mereka (DAP) mampu membela dan mempertahankan syarikat tersebut sama ada yang ada lesen ataupun tidak.
"Jika syarikat berkenaan enggan bekerjasama atau membantu DAP, mereka akan menggunakan Red Bean Army (RBA) untuk menyerang dan memalukan syarikat berkenaan di media sosial termasuk media pro-pembangkang tempatan," katanya ketika ditemui media di sini hari ini.
Dakwanya, syarikat terbaharu yang menjadi mangsa DAP adalah Monspace, sebuah syarikat MLM milik anak tempatan.
Bagaimanapun, Tony enggan mengemukakan senarai penuh syarikat yang menjadi mangsa DAP apabila diminta media.
Topic Berkaitan
#DAP
#derma
#mangsa
#MLM
#syarikat pemasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan