awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dari kedudukan tercorot, Hakim Danish bangkit kutip tiga mata di GP AS

Bernama
Bernama
30/03/2026
02:47 MYT
Dari kedudukan tercorot, Hakim Danish bangkit kutip tiga mata di GP AS
Keputusan diperoleh di Litar Austin itu menyaksikan Hakim Danish kini mengumpul sembilan mata dan menghuni tempat ke-14 daripada 27 pelumba. - Foto fail
Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan aksi memberangsangkan apabila mengutip tiga mata berharga selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 pada Grand Prix Amerika Syarikat (GP AS), awal pagi tadi.
Pelumba berusia 18 tahun negara itu bermula dengan detik sukar dalam pusingan ketiga selepas terjatuh pada sesi kelayakan pertama (Q1), yang menyebabkan beliau terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-25.
Namun, pelumba pasukan AEON-Credit MT Helmets-MSi kelahiran Kuala Terengganu itu mempamerkan semangat juang yang tinggi serta tunggangan konsisten dari kedudukan tercorot untuk memintas beberapa pelumba handalan sekali gus meletakkan dirinya dalam kelompok penamat pungutan mata.
Perlumbaan dimenangi pelumba Itali Guido Pini (Leopard Racing), diikuti pendahulu kejuaraan Maximo Quiles (CFMOTO Valresa Aspar Team) di tempat kedua manakala Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo) melengkapkan podium.
Keputusan diperoleh di Litar Austin itu menyaksikan Hakim Danish kini mengumpul sembilan mata dan menghuni tempat ke-14 daripada 27 pelumba dalam carta Kejuaraan Dunia Moto3.
Pelumba muda negara itu bakal meneruskan saingan pada GP Sepanyol di Litar Jerez pada 24 April ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hakim Danish
#Moto3
#GP AS
#AEON-Credit MT Helmets-MSi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan