awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Saya baru keluar hospital, perlukan duit jalani rawatan' - Suami Azar Azmi rayu kurangkan jaminan
Axelsen umum persaraan, akhiri era dominasi badminton dunia
Ekonomi dunia berisiko ke ambang kemelesetan akibat konflik Iran – IMF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daripada G kepada A, TCS bantu tingkat prestasi anak Orang Asli

Sinar Harian
Sinar Harian
15/04/2026
01:59 MYT
Daripada G kepada A, TCS bantu tingkat prestasi anak Orang Asli
Nirzarkri (kiri) dan Mek Sofia membuktikan akses kepada bahan pembelajaran berkualiti seperti buku rujukan tambahan TCS mampu menjadi pemangkin kepada perubahan prestasi pelajar. - Foto Sinar Harian
Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) membuktikan keberkesanannya apabila membantu pelajar Orang Asli, Nirzarkri Nain memperolehi keputusan A untuk subjek Matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berbanding sering G sebelum ini.
Kejayaan pelajar berusia 18 tahun dari Kampung Santeh, Pos Legap itu menjadi contoh jelas bagaimana intervensi akademik yang tersusun mampu mengubah pencapaian pelajar dalam tempoh singkat.
Nirzarkri yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong sebelum ini hanya memperoleh 3A dalam peperiksaan percubaan SPM dengan beberapa subjek lain gagal, termasuk subjek Matematik yang digredkan G.
Namun, keputusan sebenar SPM 2025 menyaksikan lonjakan luar biasa apabila beliau berjaya meraih 6A 1B, dengan subjek Matematik menjadi antara subjek yang mencatat peningkatan paling ketara.
Menurut Nirzarkri, penyertaannya dalam TCS khusus bagi subjek Matematik ketika tingkatan lima serta penggunaan ‘buku rujukan tambahan’ menjadi faktor utama perubahan tersebut.
“Saya memang takut dengan subjek Matematik sebelum ini. Apabila menggunakan buku rujukan TCS, saya lebih faham. Saya melakukan banyak latihan yang terdapat dalam buku berkenaan dan ia juga membantu saya ulang kaji.
“Saya jadikan buku ini sebagai rujukan utama, terutama masa waktu prep di asrama,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, rutin kehidupan berasrama yang tersusun turut membantu beliau memberi fokus sepenuhnya terhadap pembelajaran selain memanfaatkan masa lapang untuk mengulang kaji.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, keinginannya untuk menjadi guru menjadi pendorong utama untuk bangkit daripada kegagalan.
“Saya nak jadi cikgu sebab itu kerja yang mulia dan saya mahu bantu komuniti saya melalui pendidikan,” katanya.
Kejayaan tersebut turut mengejutkan ibu bapanya, Rambut@Kamaruddin Karim, 43 dan Norain Alang, 40, yang tidak menyangka anak mereka mampu mencatat peningkatan ketara dalam tempoh singkat.
Sementara itu, seorang lagi pelajar SMK Bawong, Mek Sofiah Suhairi, 18, turut memanfaatkan buku rujukan tambahan TCS sebagai bahan sokongan pembelajaran.
Beliau yang berasal dari Kampung Bersah, Kuala Mu memperoleh keputusan 6A 2B dalam SPM 2025 dengan memperolehi keputusan B bagi subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.
Menurutnya, walaupun tidak mengikuti kelas tuisyen secara formal, buku rujukan yang dibekalkan membantu meningkatkan kefahaman, khususnya melalui latihan berbentuk soalan objektif.
“Kami di sini susah untuk dapatkan tuisyen luar kerana lokasi sekolah yang jauh, jadi buku ini sangat membantu.
“Latihan dalam buku ini banyak membantu kami memahami soalan, terutama bagi subjek Matematik dan Sejarah,” katanya.
Kejayaan Nirzarkri dan Mek Sofia membuktikan bahawa akses kepada bahan pembelajaran berkualiti seperti Buku Rujukan Tambahan TCS mampu menjadi pemangkin kepada perubahan prestasi pelajar.
Malah, inisiatif tersebut selari dengan aspirasi pembangunan pendidikan negeri di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 yang diilhamkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam melahirkan modal insan berkualiti tanpa mengira latar belakang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#intervensi akademik
#Orang Asli
#Tuisyen Cikgu Saarani
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan