awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datin kerugian RM30,000 rumah di Sungai Isap dipecah masuk

Bernama
Bernama
25/06/2014
23:39 MYT
Datin kerugian RM30,000 rumah di Sungai Isap dipecah masuk
Datin kerugian RM30,000 rumah di Sungai Isap dipecah masuk - Foto Abdul Aziz Saleh
Seorang wanita bergelar Datin mengalami kerugian kira-kira RM30,000 setelah kediamannya di Sungai Isap di sini dipecah masuk dalam kejadian yang disedari petang Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh, mangsa yang berusia 50-an hanya menyedari kejadian itu sebaik tiba di rumah bersama anak-anaknya pada 4 petang semalam.
"Ketika kejadian, mangsa tidak berada di rumah, kerana ke Kuala Lumpur bersama anak-anaknya atas utusan peribadi selama empat hari sejak Jumaat lepas.
"Bagaimanapun sebaik tiba di rumahnya petang semalam, beliau terkejut apabila mendapati keadaan rumah dan bilik tidurnya dalam keadaan berselerak," katanya kepada Bernama di sini hari ini tanpa mengulas lanjut tentang identiti mangsa.
Mangsa mendapati sejumlah barangan kemas selain mata wang asing dan sebuah komputer riba yang kesemuanya dianggar bernilai RM30,000 dilarikan penjenayah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Siasatan awal polis mendapati, penjenayah dipercayai memecah masuk dengan mengumpil tingkap sebuah bilik di rumah itu sebelum melarikan diri melalui pintu belakang.
Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan lebih daripada seorang suspek berdasarkan 11 kesan cap jari yang ditemui di rumah itu.
Dalam masa sama, Abdul Aziz turut mengingatkan orang ramai yang ingin meninggalkan rumah supaya mengisi borang makluman yang boleh dimuat turun dalam laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum diserahkan kepada balai polis berdekatan.
Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#rompak
#Sungai Isap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan