awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk antara enam suspek kes culik, bunuh ahli perniagaan dituduh hari ini

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
09/07/2020
02:10 MYT
Datuk antara enam suspek kes culik, bunuh ahli perniagaan dituduh hari ini
Enam suspek dalam kes culik dan bunuh Datuk Seri dibawa ke Makahmah Majistret Petaling Jaya oleh anggota polis pagi ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seramai enam suspek kes culik dan bunuh seorang ahli peniagaan bergelar Datuk Seri akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, salah seorang daripada suspek merupakan individu dengan gelaran Datuk.
"Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk pertuduhan dibuat ke atas enam suspek di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
"Selain seorang Datuk, empat lagi suspek merupakan warga tempatan dan seorang lagi warga Bangladesh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan mayat mangsa yang sudah reput di temui dalam kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang Bestari, Rawang pada 27 Jun lalu selepas 18 hari diculik.
Mangsa yang juga seorang pemaju hartanah berusia 55 tahun, diculik tiga lelaki ketika berjoging di sebuah taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 10.30 pagi, 10 Jun lalu.
Keluarga mangsa kemudian dihubungi suspek yang meminta wang tebusan berjumlah RM154 juta.
BACA: Suspek Datuk 'mastermind' kes culik, bunuh ahli perniagaan bergelar Datuk Seri?
BACA: Tujuh suspek ditahan kes culik, bunuh Datuk Seri
Polis mengesahkan motif penculikan berkenaan bermotifkan wang dan dipercayai ada kaitan dengan hutang perniagaan.
Setakat ini, polis menahan 11 orang suspek berusia antara 20 hingga 56 tahun berhubung kes berkenaan termasuk dalang utama.
Topic Berkaitan
#ahli peniagaan
#Bangladesh
#bunuh
#culik
#Datuk Seri
#jenayah
#joging
#lelaki
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#mayat reput
#Peguam Negara
#Petaling Jaya
#polis
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan