awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL arah tutup, kompaun sebuah premis di Jalan Bukit Bintang susulan tarian separa bogel

Bernama
Bernama
27/08/2023
09:17 MYT
DBKL arah tutup, kompaun sebuah premis di Jalan Bukit Bintang susulan tarian separa bogel
DBKL telah mengarahkan penutupan serta merta dan kompaun ke atas sebuah premis di Jalan Bukit Bintang susulan video tarian separa bogel di hadapan premis itu yang tular di media sosial minggu lepas. - Foto Facebook DBKL
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan penutupan serta merta dan kompaun ke atas sebuah premis di Jalan Bukit Bintang, di sini susulan video tarian separa bogel di hadapan premis itu yang tular di media sosial minggu lepas.
DBKL menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan Jabatan Penguatkuasaan pada 23 Ogos lepas telah menjalankan satu tindakan khas di premis terbabit dan mendapati ia mempunyai lesen komposit kedai runcit (barangan kering sahaja) bagi menjalankan aktiviti pasar raya.
Bagaimanapun, menurut DBKL premis terbabit telah dikendalikan oleh empat pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah, masing-masing dua warganegara Bangladesh dan Iran.
"Oleh itu, DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan.
"Premis itu juga diarahkan untuk ditutup serta merta kerana dikendalikan oleh bukan warganegara," menurut hantaran itu.
DBKL turut memaklumkan hasil maklumat pekerja premis itu menyatakan kejadian tarian separa bogel itu berlaku pada 5 Julai lepas bersempena dengan sambutan ulang tahun premis tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#arah tutup premis
#Jalan Bukit Bintang
#tarian separa bogel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan