awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL sasar tanam 5,000 pokok hutan sekitar ibu negara

Bernama
Bernama
18/05/2013
09:51 MYT
DBKL sasar tanam 5,000 pokok hutan sekitar ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama pihak swasta mensasarkan untuk menanam 5,000 pokok spesies hutan di taman awam sekitar ibu kota di bawah projek 'Greener KL'.
Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyelenggara DBKL Mohd Najib Mohd berkata pihaknya menjangkakan sasaran itu akan dapat dicapai menjelang September berikutan kerjasama menggalakkan yang diterima daripada syarikat swasta.
"Kami akan tanam secara berperingkat pokok hutan daripada spesies hampir pupus dan kami harap dalam 20 atau 30 tahun akan datang pokok yang kami tanam hari ini akan hidup subur," katanya kepada pemberita pada program Scope KL Eco Challenge 2013 di Taman Rimba Bukit Kerinchi, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Scope International (M) Sdn Bhd Kwan Chee Sun.
Pada program itu, sebanyak 1,000 pokok spesies hutan ditanam oleh 500 kakitangan Scope International (M) Sdn Bhd, anak syarikat bank Standard Chartered, dengan kerjasama DBKL dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka).
Lima jenis pokok spesies hutan yang ditanam ialah Karas (100 pokok); Meranti Temak Nipis (350); Kapor (100); Meranti Siput Jantan (350) dan Merawan Bunga (100).
Mohd Najib berkata setakat ini dua syarikat swasta telah berkerjasama menanam pokok di taman sekitar ibu negara dan satu lagi syarikat swasta dijangka akan turut sama melaksanakan aktiviti itu.
Dalam perkembangan lain, Mohd Najib mengingatkan semua parti politik supaya menanggalkan bahan kempen pilihan raya umum ke 13 yang diletakkan di sekitar ibu negara berikutan esok adalah hari terakhir mereka perlu berbuat demikian.
Sementara itu, Kwan berkata program Scope KL Eco Challenge 2013 yang dianjurkan pihaknya bertujuan menunaikan tanggungjawab sosial mereka dalam usaha mengekalkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya hijau.
Topic Berkaitan
#DBKL
#Greener KL
#spesies hutan
#tanam pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan