awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tanggung semua kos rawatan mangsa - Fahmi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/08/2019
11:06 MYT
DBKL tanggung semua kos rawatan mangsa - Fahmi
DBKL, kata Fahmi Fadzil, bersetuju tanggung semua kos rawatan melibatkan mangsa yang terlibat dalam kejadian lif terhempas di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Pantai, pada Jumaat. - Gambar fail
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju menanggung semua kos rawatan melibatkan mangsa yang terlibat dalam kejadian lif terhempas di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Pantai, pada Jumaat.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, kesemua mangsa sudah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya sudah berhubung dengan pihak PPUM, di situ lebih kurang 7 daripada mangsa berada di sana untuk mendapatkan rawatan.
“Pihak DBKL telah menyatakan semua kos rawatan akan ditanggung oleh DBKL. Pada masa sama saya melihat aspek psikologi dan kaunseling perlu diberikan. Salah seorang pelajar sekolah, saya risau sekiranya (mangsa) ada mengalami trauma daripada insiden ini,” katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Sekurang-kurangnya lapan mangsa mengalami kecederaan, yang mana empat mangsa lelaki termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan patah kaki, sementara yang lain mengalami kecederaan pada bahagian pergelangan kaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, seramai 18 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian. BACA: Empat orang patah kaki, lif terhempas dari tingkat lima PPR Kerinchi
BACA: Lif terhempas: Terdapat laporan awal kerosakan - Bomba
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Kanak-kanak
#Lembah Pantai
#lif terhempas
#Parlimen
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan