awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tawar kediaman kepada pesara tentera yang tinggal dalam kereta

Bernama
Bernama
01/06/2022
21:15 MYT
DBKL tawar kediaman kepada pesara tentera yang tinggal dalam kereta
Mohd Redzuan berehat di dalam keretanya selepas menerima lawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad 28 Mei lalu --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan satu unit kediaman di Perumahan Awam Seri Johor 4C, Cheras, di sini, kepada pesara tentera yang dikatakan tinggal di dalam sebuah kereta sejak 20 tahun lepas.
DBKL dalam kenyataannya memaklumkan tawaran kediaman kepada bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia Mohd Redzuan Abdullah itu, berkuat kuasa semalam.
"Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akan menyerahkan sendiri surat tawaran kediaman kepada pesara berkenaan dalam waktu yang terdekat," menurut kenyataan itu.
Pada Selasa, Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique serta Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL Ismadi Sakirin menziarahi pesara berkenaan.
Terdahulu nasib Mohd Redzuan mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu pesara itu diberikan sebuah rumah transit dalam masa terdekat dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#tinggal dalam kereta
#pesara tentera
#Perumahan Awam Seri Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan