awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKU keluar notis amaran penjaja berniaga di depan rumah

Bernama
Bernama
29/04/2020
20:33 MYT
DBKU keluar notis amaran penjaja berniaga di depan rumah
Pada 23 April lepas, kerajaan negeri Sarawak mengeluarkan arahan melarang sebarang bentuk urus niaga melibatkan penjualan makanan sepanjang bulan Ramadan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19. - Gambar hiasan
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada Rabu mengeluarkan notis amaran kepada tiga penjaja di Kampung Samariang Batu di sini selepas didapati berniaga di depan rumah mereka.
Notis amaran itu dikeluarkan dalam satu operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Empat yang dijalankan DBKU bersama Polis Diraja Malaysia di kawasan Petra Jaya di sini.
Menurut Ketua Balai Polis Gita, ASP Mohamad Nizam Bujang, larangan untuk berniaga di depan rumah sepanjang bulan Ramadan telahpun dimaklumkan oleh pihak DBKU secara lisan kepada penduduk setempat sebelum ini, namun masih ada penjaja secara sengaja mengingkari arahan terbabit.
Pada 23 April lepas, kerajaan negeri Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) mengeluarkan arahan melarang sebarang bentuk urus niaga melibatkan penjualan makanan sepanjang bulan Ramadan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKU
#Dewan Bandaraya Kuching Utara
#larangan menjaja
#menjaja depan rumah
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan