awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DCA siasat insiden bateri vape terbakar atas pesawat

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
26/10/2015
13:39 MYT
DCA siasat insiden bateri vape terbakar atas pesawat
AZHARUDDIN: DCA sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden yang mencetuskan suasana panik dalam pesawat itu. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memandang serius mengenai insiden bateri rokok elektronik terbakar dalam kabin penerbangan Malindo Air OD1003 petang semalam.
Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden yang mencetuskan suasana panik dalam pesawat itu.
Beliau turut menggariskan arahan teknikal bagi pengangkutan selamat barangan berbahaya melalui udara (ICAO Doc 9284) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) antaranya, penumpang dan krew kabin dilarang membawa rokok elektronik menggunakan bateri mudah alih termasuk rokok elektronik dalam bagasi daftar masuk.
Selain itu, arahan itu turut melarang daripada mengecas bateri mudah alih rokok elektronik di dalam kabin penerbangan dan bateri daripada peranti rokok elektronik hendaklah dikeluarkan dan disimpan di tempat yang selamat.
Jelas Azharuddin, arahan-arahan ini hendaklah dipatuhi oleh syarikat penerbangan, krew dan penumpang supaya insiden yang berlaku semalam tidak lagi berulang.
Dalam insiden 6.45 petang itu, bateri rokok elektronik yang disimpan di dalam sebuah beg yang diletakkan atas paha seorang penumpang, terbakar secara tiba-tiba selepas pesawat itu berlepas dari Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Penumpang itu dilaporkan cedera ringan di paha dan tangan kirinya namun telah diberikan rawatan segera oleh seorang penumpang yang kebetulan seorang doktor.
Selain itu, tindakan pantas anak kapal berjaya mengawal kebakaran ketika insiden berlaku dan pesawat tersebut selamat mendarat di klia2 pada jam 8.44 malam.
Topic Berkaitan
#AZHARUDDIN ABDUL RAHMAN
#DCA
#Jabatan Penerbangan Awam
#Malindo Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan