awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DCA tidak benarkan Samsung Galaxy Note 7 di dalam penerbangan

Bernama
Bernama
18/10/2016
14:47 MYT
DCA tidak benarkan Samsung Galaxy Note 7 di dalam penerbangan
DCA berkata, pengendali syarikat penerbangan dan lapangan terbang kecil perlu memastikan tiada siapa membawa telefon bimbit itu di dalam bagasi.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak membenarkan telefon bimbit, jenama Samsung Galaxy Note 7 di dalam penerbangan.
Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pengendali syarikat penerbangan dan lapangan terbang kecil perlu memastikan tiada siapa membawa telefon bimbit itu di dalam bagasi, bagasi kabin atau membawanya ke dalam kabin.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata jika ada sesiapa didapati membawa telefon bimbit itu di dalam pesawat, dia perlu mematikannya, tidak menggunakan dan mengecasnya dan melindunginya daripada diaktifkan secara tidak sengaja termasuk mematikan sebarang fungsi yang boleh menghidupkan telefon itu, seperti jam loceng.
"Individu berkenaan perlu membawa telefon itu bersamanya dan bukan menyimpannya di dalam ruang simpanan barang di atas kerusi, poket belakang kerusi dan bagasi kabin," katanya. - Bernama
Topic Berkaitan
#AZHARUDDIN ABDUL RAHMAN
#DCA
#Galaxy Note 7
#Jabatan Penerbangan Awam
#Samsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan