awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debaran peminat Harimau Malaya berterusan menanti keputusan CAS

Astro AWANI
Astro AWANI
27/02/2026
00:12 MYT
Debaran peminat Harimau Malaya berterusan menanti keputusan CAS
Setiausaha Agung FAM berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan hari ini berhubung prosiding berkenaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Peminat bola sepak tempatan terus berdebar menantikan keputusan rayuan dikemukakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung hukuman dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap badan induk itu serta tujuh pemain kebangsaan.
Semakan Bernama di laman web rasmi Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) setakat 7 pagi ini mendapati keputusan masih belum dikeluarkan susulan prosiding pendengaran yang berlangsung awal pagi tadi.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman ketika dihubungi Bernama berkata secara ringkas bahawa satu kenyataan akan dikeluarkan hari ini berhubung prosiding berkenaan.
Pada Disember lepas, FAM mengesahkan telah mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada CAS berhubung hukuman FIFA terhadap badan induk itu dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Sebelum itu pada September, FIFA mengesahkan FAM dan tujuh pemain iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung kesalahan pemalsuan dokumen.
Siasatan mendapati FAM telah menyerahkan dokumen dipercayai dipalsukan untuk mengesahkan kelayakan pemain terbabit hingga membolehkan mereka beraksi ketika Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 di sini pada Jun lepas.
Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM11,000) serta digantung daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama 12 bulan.
Harapan untuk melihat hukuman itu diringankan tidak kesampaian selepas Jawatankuasa Rayuan FIFA pada 3 Nov lepas menolak rayuan FAM dan kesemua pemain, sekali gus mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib mengenai pelanggaran serius Artikel 22 FDC.
Bagaimanapun, pada 27 Jan lepas, FAM memaklumkan CAS membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman itu yang dikemukakan olhe pemain terbabit, menyaksikan mereka dibenar meneruskan karier dan menyertai aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan dibuat.
-- BERNAMA
TAG: bola sepak, FAM, CAS, Harimau Malaya
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#FAM
#CAS
#FIFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan