awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deretan lapan kedai musnah terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
19/07/2022
01:40 MYT
Deretan lapan kedai musnah terbakar
Deretan lapan kedai terbakar di Jalan Menteri dalam kejadian lewat malam Isnin. - Foto Sinar Harian
SABAK BERNAM: Lapan deretan kedai lama dua tingkat di Jalan Menteri di sini musnah dalam kebakaran lewat malam Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 11.56 tengah malam.
Menurutnya, seramai 34 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, BBP Sungai Besar, BBP Sekinchan, BBP Hutan Melintang termasuk bomba sukarela dikejarkan ke tempat kejadian.
"Sebaik pasukan bomba sampai ke lokasi, api sedang marak membakar lapan kedai terbabit.
"Kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Norazam berkata, kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 90 peratus bangunan kelas B.
"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.31 pagi Selasa dan padam sepenuhnya pada jam 2.10 pagi hari sama," katanya.
Katanya, lapan kedai dikenal pasti terlibat dalam kebakaran itu ialah empat kedai tayar, dua kedai makan dan masing-masing sebuah kedai motosikal dan kedai nombor ekor.
"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sabak Bernam
#kebakaran
#deretan kedai
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan