awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lantik Ahli Jawatankuasa Pemilih

Bernama
Bernama
18/03/2024
07:24 MYT
Dewan Negara lantik Ahli Jawatankuasa Pemilih
Mutang mempengerusikan Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Isnin. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan usul pelantikan lima Ahli Jawatankuasa Pemilih untuk tempoh penggal ketiga Sidang Parlimen ke-15.
Mereka ialah Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal selaku Pengerusi, Senator Datuk A. Kesavadas, Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah dan Senator Susan Chemerai Anding.
Usul yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran mengikut Peraturan Mesyuarat 70 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Negara.
"Selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 70(2), Majlis Mesyuarat dengan ini memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pemilih memanggil orang hadir di hadapannya serta meminta dikeluarkan surat-surat," kata Kulasegaran pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Mesyuarat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Ahli Jawatankuasa Pemilih
#Sidang Parlimen ke-15
#lulus usul pelantikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan