awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus pindaan Akta Wang Tak Dituntut 1965

Bernama
Bernama
03/04/2024
10:15 MYT
Dewan Negara lulus pindaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024.
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas dibahas oleh sembilan senator sejurus dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Terdahulu, ketika membentangkan RUU itu, Lim berkata langkah tersebut bertujuan meminda Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Akta 370) melibatkan fasal 1 hingga fasal 12.
Antaranya ialah fasal 10 yang bertujuan meminda subseksyen 11(2) Akta 370 bagi mengurangkan tempoh wang tak dituntut (WTD) yang dikreditkan ke Akaun Amanah Disatukan daripada lima belas tahun kepada sepuluh tahun.
"Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk membolehkan wang tak dituntut dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan apabila luput tempoh sepuluh tahun dari tarikh wang itu dikreditkan ke Akaun Amanah Disatukan.
"WTD yang dipindah ke Akaun Hasil Disatukan dapat menyumbang kepada keperluan perbelanjaan kerajaan terutama dalam memenuhi objektif sosioekonomi negara serta langkah pemulihan ekonomi," katanya.
Lim berkata walaupun pindahan WTD dibuat ke Akaun Hasil Disatukan namun tuntutan terhadap WTD masih boleh dibuat.
"Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, jumlah WTD yang akan dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan mencecah RM1.98 billion pada awal pelaksanaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pindaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
#Dewan Negara
#lulus
#Lim Hui Ying
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan