awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat hari ini bersidang hingga 3 petang

Bernama
Bernama
25/11/2020
04:19 MYT
Dewan Rakyat hari ini bersidang hingga 3 petang
Persidangan Dewan Rakyat hari ini dilanjutkan satu jam sehingga 3 petang, kata Takiyuddin Hassan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Persidangan Dewan Rakyat hari ini dilanjutkan satu jam sehingga 3 petang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.
"Tanpa mengambil kira usul Peraturan Mesyuarat 12(1) terdahulu iaitu pada Khamis, 5 November 2020 dan mengikut peraturan 12 (1), saya dengan ini memohon mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini, Rabu 25 November 2020, tidak akan ditangguhkan sehingga 3 petang ini," katanya dan disokong Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Sebelum ini, Takiyuddin mengemukakan usul mencadangkan persidangan Dewan Rakyat pada Isnin, 9 November hingga Selasa, 15 Disember berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang dan usul penangguhan itu dibuat menurut Peraturan Mesyuarat 12(1).
Selain sesi soal jawab, persidangan hari ini akan diteruskan dengan penggulungan perbahasan peringkat dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 oleh kementerian-kementerian terlibat.
Antara kementerian yang dijadual menggulung perbahasan ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Pengajian Tinggi; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Kpl Baharuddin Ramli daripada Batalion 3 (Senoi Praaq) Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terkorban ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi semalam.
Ucapan itu dizahirkan beliau sebelum sesi soal jawab bermula.
Dalam kejadian 2.30 pagi itu, Baharuddin, 54, maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia -Thailand di Padang Besar, Perlis.
Seorang lagi anggota PGA, Kpl Norihan a/l Tari, 39, turut mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#bersidang
#Peraturan Mesyuarat
#Takiyuddin Hassan
#Rang Undang-Undang Perbekalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan