awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023

Bernama
Bernama
13/10/2023
00:45 MYT
Dewan Rakyat lulus RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023
HUANG: Penjajaran akta ini dengan dasar-dasar baharu penting untuk memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa serta keperluan masa hadapan industri perkhidmatan air negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat semalam meluluskan rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654) yang bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 25 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.
Terdahulu Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata selepas lebih 16 tahun Akta 654 dikuatkuasakan, beberapa ruang penambahbaikan telah dikenal pasti bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dan keperluan masa hadapan industri perkhidmatan air negara.
Ini termasuk memantapkan tadbir urus SPAN agar lebih efisien dan meningkatkan keupayaan kawal selia agar penguatkuasaan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan.
"Sejajar dengan inisiatif global dan nasional dalam merealisasikan pembangunan lestari, dasar-dasar baharu berasaskan ekonomi kitaran, kecekapan penggunaan, perlindungan pengguna dan penglibatan awam dan swasta telah diperkenalkan.
"Oleh yang demikian, penjajaran akta ini dengan dasar-dasar baharu penting untuk memastikan ia sentiasa relevan dengan perkembangan semasa serta keperluan masa hadapan industri perkhidmatan air negara," katanya ketika membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua.
Huang berkata melalui rang undang-undang itu juga, tempoh jawatan anggota suruhanjaya dipendekkan daripada 10 tahun kepada enam tahun.
"Tujuan pindaan ini adalah bagi mewujudkan fleksibiliti dalam urusan pelantikan anggota suruhanjaya yang berpengalaman dan tidak terikat dengan pelantikan sedia ada bagi suatu tempoh yang panjang," katanya.
Persidangan bersambung esok untuk pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Huang Tiong Sii
#Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
#RUU SPAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan