awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus Subseksyen 4(5) SOSMA dilanjutkan lima tahun lagi

Astro Awani
Astro Awani
26/07/2022
09:14 MYT
Dewan Rakyat lulus Subseksyen 4(5) SOSMA dilanjutkan lima tahun lagi
Usul Subseksyen 4(5) SOSMA diluluskan selepas undi belah bahagian, dengan menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju, 88 Ahli Parlimen tidak bersetuju, manakala 21 lagi Ahli Parlimen tidak hadir - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) (Akta 747) untuk terus berkuat kuasa untuk tempoh lima tahun lagi mulai 31 Julai ini.
Usul tersebut dibentangkan semula oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas Dewan Rakyat pada minggu lalu meluluskan usul membatalkan keputusan dewan pada 23 Mac lepas.
Usul Subseksyen 4(5) SOSMA itu diluluskan selepas undi belah bahagian, dengan menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju, 88 Ahli Parlimen tidak bersetuju, manakala 21 lagi Ahli Parlimen tidak hadir.
Hamzah ketika sesi penggulungan menafikan dakwaan bahawa subseksyen berkenaan adalah satu akta yang zalim.
BACA: KDN bentang semula usul pelanjutan Subseksyen 4(5) SOSMA
Sebelum itu, beliau berkata subseksyen itu perlu dilanjutkan bagi memberi tempoh mencukupi untuk polis melengkapkan siasatan, dalam usaha menangani ancaman terhadap kedaulatan negara, keselamatan dan ketenteraman awam.
Katanya, lanjutan masa itu diperlukan polis bagi mendapatkan keterangan daripada individu ditahan ketika pengumpulan bukti bagi tujuan pendakwaan, termasuk pengesanan rakan subahat yang masih bebas
Bagaimanapun, Hamzah menegaskan Subseksyen 4(5) SOSMA turut memberikan keadilan kepada orang yang ditahan dalam mendapatkan hak dari segi undang-undang, dan ia tidak boleh disamakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
BERITA LANJUT MENYUSUL..
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#Sosma lulus
#Dewan Rakyat luluskan SOSMA
#SOSMA tak sama dengan ISA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan