awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Ratu Ketamin’ dihukum penjara 15 tahun sebabkan kematian pelakon Matthew Perry
Dron Israel ragut nyawa wartawan Al Jazeera, Mohammed Wishah di Gaza
Konflik Asia Barat: Israel bersedia ‘kembali berperang bila-bila masa’ menentang Iran - Netanyahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas

Bernama
Bernama
21/03/2023
07:16 MYT
Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas
Usul itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen ke-15 yang baharu.
Usul itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ia melibatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi; Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan; Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian; Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi serta Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia.
Selain itu, Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat; Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan; Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan; Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa serta Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.
Azalina berkata jawatankuasa pilihan khas itu berfungsi sebagai mekanisma semak dan imbang terhadap kementerian.
Sementara itu beliau berkata Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat bersetuju bahawa Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) diteruskan dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Pilihan Khas
#Dewan Rakyat
#Azalina Othman
#mekanisma semak dan imbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan