awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dikritik hantar anak belajar guna biasiswa MAIWP, Dr Zul jawab komen netizen

Gempak
Gempak
23/09/2023
06:21 MYT
Dikritik hantar anak belajar guna biasiswa MAIWP, Dr Zul jawab komen netizen
Abdul Syakur didakwa 'tidak layak' memandangkan dia merupakan anak kepada bekas menteri dan dirasakan mempunyai kelebihan dari segi kewangan berbanding calon lain. -Gempak
BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerima kritikan netizen apabila anaknya, Abdul Syakur menerima biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh.
Menurut beberapa hantaran oleh pengguna platform, Abdul Syakur dirasakan tidak layak memandangkan dia merupakan anak kepada bekas menteri dan dirasakan mempunyai kelebihan dari segi kewangan berbanding calon lain.
“Anak bekas menteri, bekas mufti pun dapat biasiswa. Tak faham aku,” tulis seorang pengguna media sosial.
Enggan berdiam diri, Dr Zulkifli membalas ciapan berkenaan.
“Memandangkan ini melibatkan wang zakat, saya amat sarankan saudara teliti maksud ‘asnaf fi sabilillah’ bagi pengurusan zakat di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
"Boleh rujuk juga laporan tahunan agihan zakat. Semuanya siap diaudit dan boleh diakses oleh masyarakat awam.
"Ribuan anak-anak asnaf fakir miskin terima manfaat zakat setiap tahun untuk menyambung pengajian daripada peringkat sekolah sehingga ke universiti. Terima kasih,” tulisnya.
Untuk rekod, lapan golongan yang layak menerima zakat dan digelar asnaf adalah: 1- Fakir 2- Miskin 3- Amil 4- Muallaf 5- ar Riqab (memerdekakan orang islam dari perhambaan) 6- al Gharimin (golongan yang berhutang) 7- Fi Sabilillah 8- Ibn Sabil. -Gempak
Topic Berkaitan
#Jordan
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Abdul Syakur
#biasiswa MAIWP
#Universiti Jordan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan