awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diskaun kompaun trafik sempena Hari Wilayah

Bernama
Bernama
18/01/2013
01:59 MYT
Diskaun kompaun trafik sempena Hari Wilayah
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi diskaun untuk bayaran kompaun kesalahan trafik sepanjang bulan Februari ini sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata dengan pemberian diskaun selama sebulan itu, semua kompaun trafik yang dikeluarkan oleh DBKL akan dikenakan bayaran RM30 bagi semua jenis kesalahan.
"Kompaun trafik yang terlibat ialah kompaun yang dikeluarkan sebelum 1 Mac 2012, dan pembayaran boleh dibuat di semua kaunter DBKL pada hari bekerja dengan membawa notis kompaun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen mengibar bendera Wilayah Persekutuan dan merasmikan jejantas baharu yang menghubungkan Menara Maybank ke Pudu Sentral serta program tinjauan mesra bersama penjaja-penjaja Pudu Sentral di sini Khamis.
Setiap kesalahan trafik biasanya dikenakan kompaun sebanyak RM100 seperti kesalahan lalu lintas, halangan berada di kawasan garisan kuning, halangan berada di siar kaki dan meletakkan kenderaan di kawasan bukan parkir yang asal.
Topic Berkaitan
#DBKL
#kompaun
#RAJA NONG CHIK
#trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan