awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diskaun saman trafik 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia

Bernama
Bernama
08/12/2021
12:00 MYT
Diskaun saman trafik 80 peratus sempena 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia
Tawaran diskaun itu sempena program 100 hari Aspirasi #Keluarga Malaysia, yang akan dirasmikan Perdana Menteri esok di KLCC. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus, bermula esok hingga 12 Dis ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata tawaran diskaun itu sempena program 100 hari Aspirasi #Keluarga Malaysia, yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
"Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM di KLCC, kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen, selain portal serta aplikasi MyBayar sepanjang tempoh empat hari tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata tawaran pengurangan saman itu, tidak melibatkan kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.
Mat Kasim berkata orang ramai mahupun syarikat dan entiti perniagaan boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://mybayar.rmp.gov.my/ atau memuat turun aplikasi di platform Google Play Store, Apple AppsStore dan Huawei Gallery, seterusnya boleh membuat pembayaran melalui aplikasi itu.
Beliau dalam masa sama meminta orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19 bagi yang berurusan di kaunter bayaran fizikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#diskaun trafik
#80 peratus
#100 hari
#Aspirasi Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan