awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disyaki terlibat aktiviti keganasan, 12 berjaya ditahan

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2019
03:17 MYT
Disyaki terlibat aktiviti keganasan, 12 berjaya ditahan
MOMAHAD FUZI: Kesemua yang ditangkap disyaki terlibat menganggotai beberapa kumpulan samada Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), Kumpulan Pengganas MAUTE atau Kumpulan Royal Sulu Force (RSF).
Sejumlah 12 warga Filipina dan seorang warga tempatan ditahan di sekitar Semporna dan Tambunan kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, tangkapan adalah hasil kerjasama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Unit 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara 11 dan 12 Mac lalu.
"Kesemua yang ditangkap disyaki terlibat menganggotai beberapa kumpulan sama ada Kumpulan Abu Sayyaf (ASG), Kumpulan Pengganas MAUTE atau Kumpulan Royal Sulu Force (RSF).
"Ada antara suspek yang ditangkap juga terlibat dalam memberi perlindungan kepada elemen-elemen pengganas asing yang bersembunyi di Sabah," katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.
Kesemua tangkapan membabitkan tiga operasi khas kerana disyaki melakukan kesalahan di bahawa Bab 6A iaitu kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Katanya lagi, dengan tangkapan ini, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas yakin dapat mengesan dan memburu saki-baki anggota ASG dan kumpulan pengganas Maute yang masih bersembunyi di Malaysia khususnya di Sabah.
Topic Berkaitan
#Abu Sayyaf
#fuzi harun
#keselamatan
#Ketua Polis Negara
#PDRM
#pengganas
#RSF
#Semporna
#Tambunan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan