awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dividen KWSP: Berdosa jika degil

Sinar Harian
Sinar Harian
07/03/2024
02:00 MYT
Dividen KWSP: Berdosa jika degil
Pencarum KWSP beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya 'simpanan' lebih bersih dan halal, kata Mohamad Shukri (gambar kecil). - Gambar Sinar Harian
KOTA BHARU: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam digalakkan menukar daripada simpanan konvensional kepada syariah supaya 'simpanan' lebih bersih dan halal.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, mereka perlu memilih yang terbaik seperti disarankan dalam ajaran Islam.
“Jika kita sudah tahu ada pilihan yang halal dan bersih, maka berdosa jika terus berdegil untuk kekal dengan kaedah konvensional.
“Kita tidak mahu melihat kepada jumlah dividen tetapi paling penting ialah wang atau harta yang ada itu halal,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah beliau, pencarum KWSP perlu bersyukur kerana sebelum ini hanya ada simpanan konvensional tetapi kini terdapat pilihan kepada yang lebih Islamik.
“Kita berterima kasih kepada KWSP kerana pencarum sudah boleh memilih kepada syariah,” katanya.
Beliau menambah, masih ada sebahagian pencarum KWSP belum memahami dan sebahagian lagi belum berkesempatan beralih kepada simpanan syariah.
“Kita nasihatkan umat Islam bertukar kepada kaedah Islam untuk mendapat pahala dan jika semua memilih patuh syariah, Insya-Allah pulangan selepas ini akan meningkat,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan saranan Pakar Kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman yang menyatakan nilai patuh syariah KWSP konvensional milik pencarum beragama Islam yang halal dinikmati hanya sebanyak 1.87 peratus sahaja.
“Jika dividen konvensional ini nilainya RM10,000, maka sebanyak RM6,600 perlu dibersihkan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KWSP
#dividen KWSP
#Simpanan Konvensional
#simpanan syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan