awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dos penggalak COVID-19: 'Pergi klinik, klinik tutup', KKM perkukuh MySejahtera

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2021
04:15 MYT
Dos penggalak COVID-19: 'Pergi klinik, klinik tutup', KKM perkukuh MySejahtera
Antara aduan diterima adalah, pengguna MySejahtera menerima tarikh janji temu di klinik yang tidak beroperasi pada hari atau waktu yang ditetapkan. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menambah baik dan memperkukuh aplikasi MySejahtera susulan beberapa aduan berkait aplikasi tersebut.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya mengakui wujud beberapa permasalahan menerusi aplikasi MySejahtera yang telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan penggunanya.
Antaranya, berkait aduan berkenaan bakal penerima dos penggalak vaksin COVID-19 yang menerima janji temu di klinik yang tidak beroperasi pada hari atau waktu tertentu.
"Apa yang kadang-kala berlaku adalah, apabila janji temu telah diberi, namun pihak klinik tidak beroperasi.
"Sudah tentu pasukan MySejahtera dan KKM tidak dapat menelefon semua, lantaran terdapat beribu klinik.
"Adalah menjadi tanggungjawab juga di pihak yang akan menyediakan suntikan vaksin ini, iaitu klinik, untuk memberitahu kepada pihak berkenaan bahawa klinik tersebut tidak dapat dibuka atau dibuka pada waktu tertentu.
"Kita (KKM) harap perkara ini akan diperbaiki segera dan kita akui berlaku kekeliruan dan sebagainya," ujarnya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang mengemukakan permasalahan penduduk dikawasannya yang keliru dengan janji temu dos penggalak COVID-19.
Topic Berkaitan
#MySejahtera
#dos penggalak vaksin COVID-19
#rakyat keliru
#Noor Azmi Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan