awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DOSM rai 75 tahun perkhidmatan statistik bersama rakyat

Nina Rozman
Nina Rozman
29/10/2024
06:51 MYT
DOSM rai 75 tahun perkhidmatan statistik bersama rakyat
Mohd Uzir (foto) berkata sambutan ulang tahun ini melambangkan pencapaian penting sepanjang tiga suku abad DOSM berkhidmat kepada negara, menyajikan statistik yang mendalam mengenai ekonomi, sosial, dan budaya masyarakat.-Gambar DOSM
KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengorak langkah istimewa menyambut ulang tahun ke-75 perkhidmatan statistik dengan penuh semangat dan penglibatan rakyat.

Ringkasan AI
  • Sambutan ulang tahun ke-75 perkhidmatan statistik melambangkan pencapaian penting DOSM dalam menyediakan statistik mendalam mengenai ekonomi, sosial, dan budaya masyarakat sepanjang tiga suku abad.
  • Acara sambutan akan berlangsung selama tiga hari dari 31 Oktober hingga 2 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PICC), Butterworth Arena, dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Majlis ini akan menyaksikan peluncuran statistik kos sara hidup yang relevan kepada rakyat Malaysia, serta pelbagai aktiviti untuk menarik penyertaan rakyat, menandakan momentum untuk DOSM meneruskan khidmat terbaik dalam penyampaian statistik yang boleh dipercayai.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, sambutan ulang tahun ini melambangkan pencapaian penting sepanjang tiga suku abad DOSM berkhidmat kepada negara, menyajikan statistik yang mendalam mengenai ekonomi, sosial, dan budaya masyarakat.
"Setiap angka dan laporan adalah hasil usaha gigih warga DOSM yang telah berusaha tanpa jemu dalam menghasilkan data yang menyeluruh.
"Dari pola ekonomi hingga kepada perkembangan sosioekonomi, membantu negara membuat dasar yang berimpak tinggi," kata beliau.
Acara ini akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 31 Oktober hingga 2 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PICC), Butterworth Arena.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan peluncuran Sambutan Jubli Intan 75 Tahun DOSM yang dijangka menerima kehadiran lebih 3,000 peserta.
Majlis ini turut menyaksikan peluncuran statistik kos sara hidup yang relevan kepada rakyat Malaysia dari pelbagai era.
"Statistik ini diharap akan memberi gambaran yang lebih jelas tentang kos sara hidup di setiap daerah, memudahkan analisis perbelanjaan kehidupan seharian rakyat, serta memberi dorongan kepada usaha kerajaan dalam mengukuhkan kesejahteraan rakyat," tambah Mohd Uzir.
Seiring dengan sambutan ini, pelbagai aktiviti turut disusun untuk menarik penyertaan rakyat.
Sambutan Jubli Intan ini bukan sekadar perayaan, tetapi juga satu momentum untuk DOSM meneruskan khidmat terbaik dalam merangka data yang boleh dipercayai demi kemajuan negara.
DOSM akan terus berdedikasi dalam mengukuhkan penyampaian statistik, mencerminkan kehidupan rakyat, dan memastikan setiap data yang disediakan relevan untuk mendepani cabaran masa hadapan.
Hari Statistik Negara dan Jubli Intan 75 tahun DOSM
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#DoSM
#statistik
#Jubli Intan
#Mohd Uzir Mahidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan