awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai di Selangor

Bernama
Bernama
04/09/2020
07:06 MYT
DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai di Selangor
Kakitangan Pengurusan Air Selangor menguji tahap kebersihan air sebelum diagihkan kepada kawasan-kawasan yang mengalami masalah gangguan air ketika tinjauan sekitar ibu kota hari ini. - Bernama
Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas termasuk menutup atau menarik balik lesen operasi kilang di kawasan perindustrian Sungai Gong, Selangor yang menyebabkan pencemaran air.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Dewan Pemuda DPIM Shahir Adnan berkata kejadian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan LRA Rantau Panjang terpaksa henti operasi sejak Khamis menunjukkan seolah-olah mereka yang mencemar sungai tidak mempedulikan tindakan undang-undang atau tiada penguatkuasaan tegas oleh PBT.
Shahir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Perlindungan Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, siasatan awal kejadian itu mendapati punca pencemaran adalah disebabkan kilang menyelenggara mesin dan jentera di Sungai Gong yang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat yang ditetapkan.
Akibatnya, sungai menjadi mangsa sehingga menjejaskan rutin harian 1.2 juta pemegang akaun air di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Oleh itu, katanya tindakan lebih tegas perlu diambil agar episod pencemaran sungai tidak berulang dan kelestarian alam semula jadi Selangor terus terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#dpim
#gangguan air
#lesen operasi kilang
#loji
#LRA
#pbt
#pemuda ikatan malaysia
#pencemar sungai
#pencemaran
#Sungai Gong
#sungao selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan