awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Luqman dilantik Mufti Wilayah Persekutuan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/05/2020
04:29 MYT
Dr Luqman dilantik Mufti Wilayah Persekutuan
Dr Luqman Abdullah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu menggantikan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Luqman Abdullah dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.
Pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu diumumkan hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang turut menzahirkan ucapan tahniah.
"Alhamdulillah, pada pagi ini selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara, saya menerima kunjungan Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan ke-8 yang baharu dilantik.
"Enam tahun memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan memberi saya pengalaman baharu yang amat bermakna.
"Saya mohon maaf kepada semua umat Islam di Wilayah Persekutuan dan Malaysia amnya sekiranya terdapat tutur kata, tindakan mahupun apa jua salah dan silap sepanjang enam tahun sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Majlis serah terima tugas berlangsung dalam suasana yang ringkas dan mahabbah.
Mengulas lanjut, Zulkifli melahirkan keyakinan Luqman mampu memimpin institusi fatwa di Wilayah Persekutuan yang memberi manfaat besar kepada umat Islam di Wilayah Persekutuan.
"Saya berdoa kepada Allah SWT semoga dikurniakan kekuatan kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan agar dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin," katanya.
Kekosongan jawatan Mufti Wilayah Persekutuan selepas Dr Zulkifli dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sejak 9 Mac lalu.
Topic Berkaitan
#Dr Luqman Abdullah
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#fatwa
#Islam
#Mufti Wilayah Persekutuan
#pensyarah
#Sahibus Samahah
#UM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan