awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir, isteri ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri

Bernama
Bernama
04/06/2019
14:36 MYT
Dr Mahathir, isteri ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dr Mahathir dan isteri mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang meraikannya.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin," kata Perdana Menteri menerusi ucapan berbentuk klip video berdurasi 54 saat bersama isteri beliau di laman Twitter dan Facebook.
Dr Siti Hasmah juga menzahirkan ucapan beliau kepada muslimin dan muslimat yang berada di luar negara serta pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara dan dunia.
"Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat yang di luar sana khasnya di luar negera dan khasnya juga kepada pasukan keselamatan kita yang bertugas di batasan, di udara, di samudera dan juga di luar negara sebagai pasukan menjaga keamanan di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," katanya.
Umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal esok. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#hari raya
#Mahathir Mohamad
#Siti Hasmah Mohd Ali
#ucap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan