awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir setuju VOA dilaksanakan di Langkawi - MoTAC

Bernama
Bernama
02/03/2019
06:11 MYT
Dr Mahathir setuju VOA dilaksanakan di Langkawi - MoTAC
Dr Mahathir secara dasarnya bersetuju Visa Ketibaan (VOA) dilaksanakan di Langkawi. -Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara dasarnya telah bersetuju Visa Ketibaan (VOA) dilaksanakan di Langkawi, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.
Beliau berkata persetujuan tersebut dicapai di dalam pertemuan antara beliau dengan Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Langkawi baru-baru ini.
"Saya telah berbincang dengan Dr Mahathir berkenaan VOA ini untuk diadakan di Langkawi, beliau telah bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Selepas ini saya akan tulis surat pula kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (berkenaan cadangan tersebut)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Tabung Khas Pelancongan SFT3 di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) Datuk Haslina Abdul Hamid.
Sementara itu, Haslina berkata MoTAC telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri berhubung cadangan mengadakan VOA di Langkawi.
"Dalam perbincangan tersebut kita telah kemukakan cadangan pelaksanaan VOA ini, perkembangan perbincangan itu sangat positif dan VOA itu dalam perancangan seperti yang dikatakan oleh Menteri tadi," katanya.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Majlis Pelancaran Tabung Khas Pelancongan SFT3
#Mohamaddin Ketapi
#MOTAC
#Visa
#visa ketibaan
#voa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan