awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan mulai 1 Mac

Bernama
Bernama
21/02/2013
14:14 MYT
Dr Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan mulai 1 Mac
Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan mulai 1 Mac.
Pelantikan Dr Noor Hisham, 50, bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini.
Ali berkata pelantikan Dr Noor Hisham, yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang perubatan.
Beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008, merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya dan Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007, Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada 2004 dan Pakar Bedah Umum pada 1994.
Dr Noor Hisham, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988.
"Saya percaya pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibilitinya mampu memastikan matlamat dan agenda kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh dan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik," kata Ali.
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#Ketua Pengarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan