awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Wan Azizah bertemu agensi berkaitan isu perkahwinan kanak-kanak hari ini

Bernama
Bernama
01/07/2018
20:45 MYT
Dr Wan Azizah bertemu agensi berkaitan isu perkahwinan kanak-kanak hari ini
Dr Wan Azizah (kanan) bersama Ahli Parlimen Tawau Christina Liew memotong riben tanda perasmian Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Palimen Tawau di Kabota Bintang, Jalan Chong Thien Vun, Tawau, 1 Julai, 2018. --fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan pertemuan dengan agensi berkaitan hari ini, berhubung isu perkahwinan kanak-kanak berusia 11 tahun dengan seorang lelaki Malaysia berusia 41 tahun di Kelantan.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata mesyuarat itu antaranya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Mahkamah Syariah, yang dipanggil demi kepentingan terbaik kanak-kanak terbabit.
"Apa yang kita nak lakukan adalah pertemuan dengan JKM, Mahkamah Syariah dan semua agensi berkaitan supaya kita dapat memberi kepentingan terbaik kepada kanak-kanak berkenaan.
"Ini penting...apa-apa kepentingan terbaik kepada kanak-kanak ini kenalah diambil maklum dan dibuat pertimbangan sewajarnya untuk menjaga hak anak-anak yang sepatutnya kita menjadi penjaga terbaik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Merdeka Rakyat dan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tawau di sini, pada Ahad.
Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki berusia 41 tahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun sebagai isteri ketiganya di Gua Musang, Kelantan, tular di media sosial sejak Jumaat lepas, selepas perkara itu dikongsikan isteri kedua lelaki terbabit.
BACA: Wali sepatutnya lindungi kanak-kanak 11 tahun
BACA: Tiada unsur jenayah dalam perkahwinan budak 11 tahun
Berikutan penularan berita itu, pengguna laman sosial daripada pelbagai lapisan masyarakat mengkritik tindakan lelaki berkenaan dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku.
Siasatan awal JKM Kelantan mendapati perkahwinan tersebut dijalankan di Golok, Thailand dan ibu bapa kanak-kanak itu juga merupakan warganegara Thailand.
BACA: 'Kami suka sama suka' - suami tidak akan cerai isteri bawah umur
BACA: Perkahwinan budak 11 tahun tidak sah
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#jkm
#mahkamah syariah
#media sosial
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan