awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Wan Azizah tiba di Arab Saudi untuk sidang kemuncak OIC

Bernama
Bernama
30/05/2019
14:39 MYT
Dr Wan Azizah tiba di Arab Saudi untuk sidang kemuncak OIC
Dr Wan Azizah tiba di Makkah pada Khamis untuk menyertai sesi ke-14 Sidang Kemuncak OIC yang bermula esok. --fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di sini hari ini untuk menyertai sesi ke-14 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bermula esok.
Pesawat yang membawa timbalan perdana itu tiba di Lapangan Terbang King AbdulAziz di Jeddah pada jam 3.45 petang (waktu tempatan).
Dr Wan Azizah, yang mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu, diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta pegawai kanan kerajaan dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Luar.
Bertemakan: 'Sidang Kemuncak Makkah: Bersama-Sama menuju ke arah Masa Depan', dijangka dihadiri para pemimpin negara anggota OIC untuk bersatu menegakkan pendirian berhubung isu dan peristiwa yang sedang melanda Dunia Islam.
Sidang kemuncak itu akan dipengerusikan Penjaga Dua Kota Suci Islam, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Islam
#kerajaan
#oic
#pertubuhan kerjasama islam
#Saifuddin Abdullah
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan