awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja rasmikan tugu peringatan tikus pengesan periuk api terkenal
Lima terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas fasiliti petrokimia Iran
Songkran kurang meriah, krisis tenaga jejas pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dron Ukraine terhempas di tenggara Finland

Agensi
Agensi
29/03/2026
15:54 MYT
Dron Ukraine terhempas di tenggara Finland
Dua buah dron milik Ukraine terhempas di tenggara Finland pada pagi Ahad, menurut pengesahan sumber tempatan dan kementerian pertahanan. - Foto REUTERS
Dua buah dron milik Ukraine terhempas di tenggara Finland pada pagi Ahad, menurut pengesahan sumber tempatan dan kementerian pertahanan, lapor Anadolu Ajansi.
"Dron-dron itu telah menceroboh masuk ke ruang udara Finland. Kami memandang serius perkara ini. Pihak berkuasa keselamatan telah bertindak balas serta-merta. Siasatan akan diteruskan dan maklumat lebih terperinci akan diberikan sebaik sahaja fakta disahkan," kata Menteri Pertahanan, Antti Hakkanen menerusi platform media sosial X.
Beberapa peranti kecil yang bergerak perlahan dikesan terbang pada altitud rendah di ruang udara laut dan wilayah tenggara Finland, lapor penyiar Yle yang memetik kenyataan Kementerian Pertahanan.
Tentera Udara Finland mengesahkan bahawa dron yang terhempas di Wilayah Kymenlaakso di tenggara negara itu adalah milik Ukraine.
Menyifatkan "pencerobohan wilayah" itu sebagai "perkara yang sangat serius," Perdana Menteri, Petteri Orpo turut memberitahu Yle bahawa dron terbabit berkemungkinan besar milik Ukraine, namun nota siasatan masih dijalankan.
Polis tempatan mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. Wilayah tenggara Finland bersempadan dengan negara jirannya, Rusia.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Ukraine
#dron
#Finland
#Tentera Udara Finland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan