awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ahli Parlimen DAP diarah keluar dari sidang Dewan Rakyat

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
19/10/2015
06:29 MYT
Dua ahli Parlimen DAP diarah keluar dari sidang Dewan Rakyat
Dua anggota Parlimen DAP, Lim Lip Eng (Segambut) dan Gobind Singh Deo (Puchong) mengadakan sidang akhbar selepas diarah keluar dari sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini. - Foto Astro AWANI
Dua anggota Parlimen DAP, Lim Lip Eng (Segambut) dan Gobind Singh Deo (Puchong) diarah keluar dari sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini.
Mereka dikenakan tindakan itu berikutan kengganan mereka mematuhi peraturan mesyuarat seperti yang dinyatakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Lip Eng diarahkan keluar kerana beliau mencelah ketika usul berkaitan pelantikan ahli baru Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau bangun untuk mempersoalkan mengapa usulnya berkenaan kenaikan kadar tol ditolak Speaker Dewan.
Gobind pula diarahkan keluar selepas bangun untuk mempertahankan tindakan Lip Eng.
Selain itu, perkataan yang digunakan Gobind memberi gambaran bahawa beliau mempersoalkan kejujuran Speaker.
Oleh kerana keengganan beliau untuk menarik balik dan ingin terus menerangkan maksud ayat yang digunakan beliau, Pandikar Amin mengarahkan Gobind keluar.
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 memulakan persidangan hari ini.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Gobind Sing Deo
#Lip Eng
#Parlimen
#Tan Sri Pandikar Amin Mulia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan