awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua Ahli Parlimen pembangkang di Pulau Pinang beri keterangan

Bernama
Bernama
10/08/2021
08:56 MYT
Dua Ahli Parlimen pembangkang di Pulau Pinang beri keterangan
Soffian berkata mereka ialah Ketua Menteri merangkap Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer. - Astro AWANI
GEORGE TOWN: Dua Ahli Parlimen pembangkang di Pulau Pinang selesai memberi keterangan kepada polis di sini hari ini berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka sebelum berarak ke bangunan Parlimen pada 2 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata mereka ialah Ketua Menteri merangkap Parlimen Tanjong, Chow Kon Yeow dan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.
"Kami di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut membantu merekodkan keterangan dua Ahli Parlimen tersebut bagi membantu pegawai penyiasat di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, yang menjalankan siasatan kes tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
BACA: Polis akan panggil Ahli Parlimen pembangkang terbabit perhimpunan - Bukit Aman
Chow berkata sesi tersebut berlangsung selama 45 minit bermula jam 10 pagi bertempat di Pejabat Ketua Menteri di Komtar manakala Rayer pula hadir di IPD Timur Laut pada jam 9.45 pagi untuk beri keterangan.
Pada 2 Ogos lalu, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.
Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#perhimpunan
#Dataran Merdeka
#tidak dibenar masuk
#Parlimen
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan