awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bekas kakitangan JMB kondo bebas reman

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2017
10:37 MYT
Dua bekas kakitangan JMB kondo bebas reman
Dua bekas kakitangan JMB kondominium di ibu negara yang ditahan reman SPRM kerana dipecayai menyeleweng wang dibebaskan dari tahanan reman. - Gambar fail
Bekas setiausaha dan bekas akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di ibu negara yang ditahan reman SPRM selepas dipercayai telah menyelewengkan wang kira-kira RM1.5juta daripada badan tersebut dibebaskan dari tahanan reman hari ini.
Kedua-dua suspek berusia 53 dan 37 tahun itu yang ditahan reman pada 1 Februari lepas dibebaskan di hadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahim di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 10.30 pagi.
Suspek berusia 53 tahun dibebaskan dengan jaminan RM30,000 dan seorang penjamin manakala suspek berusia 37 tahun dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan dua orang penjamin.
Kedua-duanya yang disiasat mengikut seksyen 18 Akta SPRM 2009 dikehendaki melaporkan diri di Pejabat SPRM setiap bulan.
BACA: Dua bekas kakitangan JMB kondo direman tujuh hari
BACA: Seleweng RM1.5 juta, bekas setiausaha dan akauntan JMB ditahan SPRM
Mereka dipercayai telah melakukan penyelewengan tersebut sejak tahun 2010.
Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Katanya, SPRM masih dalam proses mengumpul lebih banyak maklumat berhubung siasatan kes itu untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#JMB
#reman
#seleweng
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan