awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak cari kepah di laut dikhuatiri lemas

Bernama
Bernama
19/09/2020
20:50 MYT
Dua beranak cari kepah di laut dikhuatiri lemas
Ketika berada di laut, Zainal dilaporkan terjatuh daripada bot, menyebabkan anaknya terjun ke laut untuk menyelamatkan ayahnya. - Gambar hiasan
Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika sedang mencari kepah di kawasan persisiran pantai Tanjung Emas, Muar, pada petang Sabtu.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Jefri Jamal, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Zainal Jermal, 61, dan anaknya Muhammad Azwan, 25.
Beliau berkata dua beranak itu dikatakan turun ke kawasan persisiran pantai itu bersama dua lagi rakan menggunakan sebuah bot untuk mencari kepah di laut.
"Bagaimanapun, ketika berada di laut, Zainal dilaporkan terjatuh daripada bot, menyebabkan anaknya terjun ke laut untuk menyelamatkan ayahnya tetapi selepas itu, kedua-duanya tidak kelihatan manakala dua rakan mereka terselamat," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Mohd Jefri berkata 20 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) serta sebuah bot bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.06 petang.
Operasi mencari dan menyelamat turut melibatkan anggota dan aset daripada agensi lain iaitu polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dijalankan dalam radius dua batu nautika dari tempat kedua-dua mangsa dilaporkan hilang.
"Operasi Sabtu ditamatkan pada pukul 7.10 malam dan akan disambung pada 7 pagi esok (Ahad), melibatkan kawasan pencarian yang lebih luas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#bot
#dua beranak
#hilang
#jatuh
#kepah
#lemas
#mangsa
#Muar
#operasi
#polis
#selamatkan bapa
#terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan