awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak maut terperangkap dalam kebakaran di Tangkak

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2021
08:12 MYT
Dua beranak maut terperangkap dalam kebakaran di Tangkak
Kebakaran telah memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan bangunan dan operasi ditamatkan pada jam 1.58 petang. - Foto BERNAMA
MUAR: Dua beranak ditemui maut dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis separuh kekal di Jalan Manja, Kampung Baru 1, Tangkak di sini pada Isnin.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba, Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.50 pagi berhubung kejadian itu, lapor Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, tiga jentera, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu utiliti Hilux dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Tangkak dibantu BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dengan kekuatan 24 anggota dihantar ke lokasi.
"Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan dua buah rumah jenis separuh kekal.
"Dilaporkan terdapat dua orang mangsa terperangkap di dalam bangunan tersebut. Dua mangsa yang merupakan anak dan ayah itu masing- masing berusia 15 dan 55 tahun dijumpai di tingkat atas rumah berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Rafiah berkata, kedua- dua mangsa meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
"Kebakaran telah memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan bangunan dan operasi ditamatkan pada jam 1.58 petang," katanya.
Topic Berkaitan
#Dua beranak ditemui maut
#kebakaran tangkak
#Tangkak
#Johor
#bomba
#kebakaran
#Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan