awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
Konflik Asia Barat: Operasi dramatik selamatkan juruterbang AS di kawasan terpencil Iran
Konflik Asia Barat: Tehran kecam ancaman Trump mengenai penutupan Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua jam kaki tersangkut dalam lubang tandas

Bernama
Bernama
18/04/2018
14:23 MYT
Dua jam kaki tersangkut dalam lubang tandas
Mangsa dipercayai ke tandas untuk membuang air kecil sebelum tergelincir lalu kaki kirinya terperosok di dalam lubang tandas sehingga paras betis.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam apabila kakinya tersangkut pada lubang tandas di kediamannya di Taman Desa Samoa, di Bentong hari ini.
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa dipercayai ke tandas untuk membuang air kecil sebelum tergelincir lalu kaki kirinya terperosok di dalam lubang tandas sehingga paras betis.
Pegawai Operasi Balai Bomba Bentong Haznan Basir berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Seramai enam anggota diarah ke kediaman mangsa selepas kami menerima panggilan kecemasan.
"Pihak bomba terpaksa memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit tanpa sebarang kecederaan,'' katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Operasi itu berakhir pada 2 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#dua jam
#kaki
#lubang tandas
#Taman Desa Samoa
#tandas
#tersangkut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan