awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tanjong Karang

Bernama
Bernama
26/10/2024
03:10 MYT
Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tanjong Karang
Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Azharudin Tajuddin berkata, kehilangan kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan sembilan tahun itu disedari keluarga kira-kira 6.50 petang sebelum dijumpai bapa mereka tiga jam kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Sub Inspektor Che Abdul Hamid di talian 03-32698222. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#kanak-kanak lemas
#Bagan Tengkorak Tanjong Karang
#jatuh parit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan