awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki Colombia ditahan cuba pecah masuk rumah di Bukit Damansara

Bernama
Bernama
19/09/2015
13:22 MYT
Dua lelaki Colombia ditahan cuba pecah masuk rumah di Bukit Damansara
Dalam kejadian kira-kira 8.40 malam itu, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan cuba mengumpil pintu utama rumah berkenaan namun gagal. -Gambar PDRM
Polis menahan dua lelaki Colombia selepas disyaki cuba memecah masuk sebuah rumah berkembar dua di Jalan Setiabakti, Bukit Damansara di sini, pada Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 8.40 malam itu, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan cuba mengumpil pintu utama rumah berkenaan namun gagal.
Beliau berkata pemilik rumah yang menyedari kejadian itu, segera menghubungi polis untuk memaklumkan rumahnya cuba dipecah masuk dua lelaki itu.
"Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian dapat menahan seorang daripada lelaki itu selepas berlaku pergelutan tetapi seorang lagi dapat melarikan diri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Zainuddin berkata suspek yang melarikan diri dengan sebuah kereta kemudian dapat ditahan polis peronda lain di Jalan Semantan di sini.
Kedua-dua lelaki itu ditahan reman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
latin
latin
Topic Berkaitan
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
#pecah masuk
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan