awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki diberkas tidak sampai 10 minit selepas merompak

Bernama
Bernama
18/01/2014
00:28 MYT
Dua lelaki diberkas tidak sampai 10 minit selepas merompak
Dua lelaki yang bersenjatakan parang dan pedang diberkas tidak sampai 10 minit selepas mereka merompak sepasang suami isteri di Pekan Baru Baling Jumaat.
Ketua Polis Baling Supt Md Daud Md Hasan berkata polis yang kebetulan mengadakan operasi di pekan Baling bertindak pantas mengepung kawasan kejadian sebaik mendapat aduan pasangan suami isteri berusia 35 dan 30 tahun dirompak pukul 4 pagi.
"Kedua-dua suspek masih memegang parang dan pedang semasa dikepung. Mereka cuba menentang namun akhirnya menyerah selepas dipujuk anggota polis," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Katanya seorang lagi rakan perompak yang menunggu di dalam kereta bagaimanapun melarikan diri dan gerakan memburunya dilancarkan.
"Si suami cedera di belakang badan terkena libasan parang manakala isterinya lebam di muka akibat ditumbuk oleh perompak itu. Mereka masuk rumah kedai pasangan itu selepas mengumpil pintu," tambahnya.
Md Daud berkata polis menemui hasil rompakan iaitu wang tunai RM821 dan dua telefon bimbit manakala topeng penutup muka, dua beg dan dua topi yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan rompakan turut ditemui.
Menurut beliau lagi, suspek berusia 30-an mempunyai enam rekod jenayah lampau manakala rakannya berusia 20-an tidak mempunyai rekod jenayah.
Dengan penangkapan dua lelaki itu, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes rompakan bersenjatakan parang dan pedang di beberapa daerah di negeri ini. Kedua-dua suspek ditahan reman seminggu untuk siasatan.
Topic Berkaitan
#Baling
#lelaki diberkas 10 minit merompak
#rompakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan