awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 3,000 kg

Bernama
Bernama
16/03/2026
07:39 MYT
Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 3,000 kg
Mahkamah tidak membenarkan dua tertuduh itu diikat jamin dan menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan kes bagi serahan laporan kimia. - Gambar hiasan
Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 3,000 kilogram (kg), awal bulan ini.
Chew Weng Han, 38, dan Liang Kar Jun, 44, yang bekerja sebagai ‘transporter’ mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M. S Arunjothy, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dua lelaki itu didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengedar 3,205 plastik lutsinar mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 3,320.69 kg dan empat plastik lutsinar mengandungi dadah jenis ekstasi seberat 1.438 kg, di sebuah premis di Taman Gembira di sini, pada 7.35 malam, 2 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan maksimum 15 sebatan sekiranya tidak dikenakan hukuman mati.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vivi' Asnita Zaina' Larifin manakala dua lelaki itu diwakili peguam Mohamed Ashmeer Mohamed Ashrof Raja.
Mahkamah tidak membenarkan dua tertuduh itu diikat jamin dan menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan kes bagi serahan laporan kimia.
Pada 9 Mac lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah, termasuk melumpuhkan satu rangkaian antarabangsa dari kawasan Segi Tiga Emas dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM180.2 juta dalam siri operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang.
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata operasi berterusan pada Ramadan itu turut membuahkan hasil apabila polis berjaya mengesan cubaan satu sindiket antarabangsa membina makmal haram berskala besar di Selangor.
Beliau berkata kejayaan terbesar dicatatkan menerusi Ops Chrysogaster pada 2 Mac lepas yang menyaksikan penahanan dua lelaki tempatan berusia 28 dan 44 tahun bersama rampasan lebih 3.4 tan dadah disyaki jenis methamphetamine.
“Dadah bernilai RM170 juta itu ditemukan selepas dua siri serbuan di sekitar Taman Gembira dan Taman Overseas Union Garden di ibu negara,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket dadah antarabangsa
#Bukit Bintang
#kes dadah
#JSJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan