awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki didakwa jual dekoder tidak diperakui

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2013
08:06 MYT
Dua lelaki didakwa jual dekoder tidak diperakui
Dua lelaki hari ini didakwa atas tuduhan menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui pada Oktober tahun lalu.
Di Mahkamah Sesyen Butterworth, tertuduh Lim Su Jin, 40, dan rakannya Choo Kang Wei, 30, didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Seri Bukit Indah, Bukit Mertajam, pada 18 Oktober 2012, jam 4.30 petang.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan di bacakan di hadapan hakim Julie Lack dan minta dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, Lim dan Choo telah menjual 17 unit dekoder pelbagai jenama. Mereka dituduh di bawah Peraturan 16(1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntuk hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Zakhi Mohd Daud.
Lack membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 November untuk sebutan semula kes.
Kedua-dua tertuduh membayar wang ikat jamin berkenaan.
Topic Berkaitan
#dekoder
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan