awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan cuba curi kabel di Dataran Jam Besar Sungai Petani

Bernama
Bernama
22/03/2026
04:56 MYT
Dua lelaki ditahan cuba curi kabel di Dataran Jam Besar Sungai Petani
Kegiatan lelaki berusia 42 dan 44 tahun itu disedari anggota polis yang sedang melakukan rondaan. - Foto PDRM
Dua lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mencuri kabel berhampiran Dataran Jam Besar di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata kegiatan lelaki berusia 42 dan 44 tahun itu disedari anggota polis yang sedang melakukan rondaan kira-kira 4 petang semalam, di kawasan tersebut.
"Lokasi kejadian kira-kira 80 meter dari jam besar, apabila penutup lubang kumbahan (manhole) didapati terbuka dan kedua-dua suspek ditemui berada di dalamnya.
"Kedua-dua suspek dipercayai adik-beradik dan semakan rekod kesalahan lampau mendapati masing-masing mempunyai 12 rekod berkaitan dadah," katanya
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#kabel
#Dataran Jam Besar
#curi
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan