awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki mengaku bersalah menghalang tugas penguat kuasa MBPP

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/10/2015
15:02 MYT
Dua lelaki mengaku bersalah menghalang tugas penguat kuasa MBPP
Bok Kwan Shen, 25, dan Leong Wai Loon, 19, dituduh menghalang tugas penguat kuasa selepas tayar kenderaan mereka dikunci di Lebuh Campbell pada jam 11.30 pagi, 7 Okt lalu.
Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghalang tugas anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), pada Rabu lalu.
Tertuduh, Bok Kwan Shen, 25, dan rakannya Leong Wai Loon, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Izura Syed Mashor.
Kedua-dua lelaki itu dituduh menghalang tugas penguat kuasa selepas tayar kenderaan mereka dikunci di Lebuh Campbell pada jam 11.30 pagi, 7 Okt lalu.
Bagi kesalahan tersebut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda sehingga RM10,000.
Sharifah Izura kemudian menetapkan kedua-dua tertuduh membayar wang jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Nov hadapan sebagai tarikh penyerahan laporan sosial.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hafiz Hashim.
Topic Berkaitan
#Lebuh Campbell
#Majlis Bandaraya Pulau Pinang
#MBPP
#menghalang tugas
#penguat kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan