awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua mangsa diselamatkan kira-kira 18 jam selepas bot Catamaran karam

Bernama
Bernama
29/01/2017
15:36 MYT
Dua mangsa diselamatkan kira-kira 18 jam selepas bot Catamaran karam
Dua kru bot pelancong jenis Catamaran dipercayai berada di laut selama kira-kira 18 jam sebelum diselamatkan awal hari ini. fotoBERNAMA
Dua kru bot pelancong jenis Catamaran, yang karam dengan 28 pelancong China ketika menuju ke Pulau Mengalum dari Kota Kinabalu semalam, dipercayai berada di laut selama kira-kira 18 jam sebelum diselamatkan awal hari ini.
Seorang penyelamat Eduard Delos Reyes, 37, yang juga seorang pemandu bot pelancong, berkata beliau dan seorang lagi rakannya Chu Chun Yung, 30, menyelamatkan Aman Abdul, 38, dan Sharezaa Salian Sali, 25, kira-kira pukul 4.30 pagi.
"Kami bertolak dengan 'speed boat' dari Jeti Tanjung Aru dalam 8 malam semalam menuju ke perairan sekitar Pulau Mengalum dan lebih kurang 4.30 pagi tadi, kami mendengar jeritan meminta tolong.
"Kami menyuluh kawasan sekitar dan terlihat Aman dan Sharezaa berpaut antara satu sama lain," katanya ketika ditemui Bernama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini malam ini.
Menurut Delos Reyes, beliau dan Chu menarik dua mangsa itu ke dalam bot mereka dan mengambil keputusan untuk mencari mangsa lain iaitu seorang lagi kru dan 28 pelancong China.
Apabila tiada lagi mangsa ditemui, beliau berkata mereka memutuskan untuk menamatkan pencarian kira-kira pukul 11 pagi selepas beliau dan rakannya bersama dua mangsa itu berasa lapar.
Katanya, mereka terus ke Pulau Tiga dan kemudiannya ke Kota Kinabalu di mana mereka dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk diambil keterangan.
Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata 23 lagi mangsa ditemui oleh bot nelayan, tiga daripadanya mati dan dijangka tiba di Kota Kinabalu awal pagi esok.
Pencarian ke atas enam lagi mangsa masih diteruskan.
Bot itu yang membawa 31 orang - tiga kru dan 28 pelancong warga China - dipercayai karam akibat cuaca buruk dan laut bergelora.
Nahas berlaku kira-kira sejam selepas bot itu bertolak dari Jeti Tanjung Aru pukul 9 pagi semalam menuju ke Pulau Mengalum, kira-kira 56 km ke barat laut Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#catamaran
#China
#Pasukan Polis Marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan